Saturday, December 5, 2015

Keputusan 1st Bilis Bowl Open Bowling Tournament 2015

Kejohanan Boling Terbuka Bilis Bowl yang pertama kali dianjurkan ini telah mendapat sambutan yang memuaskan di mana seramai 44 peserta telah mengambil bahagian.
Hadiah wang tunai berjumlah RM 1400 dan pelbagai hadiah sampingan berupa barangan cenderahati (goodies) ditawarkan.
Terima kasih dan tahniah kepada semua peserta yang menjayakan acara ini!
Berikut adalah keputusannya.



Monday, November 23, 2015

Saturday, November 21, 2015

2 in 1 (MQ + H2H)

20 November 2015 : SM telah menyahut cabaran SY8 untuk bermain Master Qualifying (MQ) sambil H2H...

SM menang 3-1
Dengan jumlah jatuhan pin 880, SM berjaya berada di rank no 7 setakat ini


Tuesday, November 17, 2015

SELAMAT DATANG KE WWW.BILISBOWL.BLOGSPOT.COM

Ini adalah laman blog yang ke-42 ... SM buat untuk aktiviti-aktiviti yang melibatkan SM..akan sentiasa update aktiviti boling di laman blog ini.

MAKAN BERSAMA GROUP ADMIN BILIS BOWL SELEPAS KEJOHANAN BOLING STRIKE RM1..

SM makan tengahari bersama GROUP ADMIN Bilis Bowl iaitu M10, MX, IERA & MAXXX di Restoran Texas Chicken Wangsa Walk selepas tamat Kejohanan Bolis Strike RM1 yang diadakan pada hari Ahad 15 November 2015..

Monday, November 16, 2015

STRIKE RM1 - AKTIVITI BOLING SANTAI PAGI AHAD 15 NOV 2015

Hari Ahad lepas, SM peruntukkan sedikit wang tunai sebagai duit tajaan hadiah untuk acara boling. Nak main nii senang jee- Hadir di Wangsa Bowl WW pukul 1030 pagi, TIADA YURAN dikenakan, hanya bayar caj lane...sapa dapat strike, dia dapat RM1..!!
Jom belajar strike!!!









SEMUA PESERTA MENANG HADIAH!!!


Saturday, November 14, 2015

KEPUTUSAN KEJOHANAN KIDAL BILIS BOWL 2015

Buat pertama kalinya, Bilis Bowl dan Cerdik Catur Enterprise menganjurkan Kejohanan Kidal Bilis Bowl yang diadakan pada 13 November 2015 bermula pukul 930 malam di Wangsa Bowl Wangsa Walk. 
Kejohanan yang julung kali diadakan ini adalah terbuka untuk pemain boling yang menggunakan tangan kiri dan juga tangan kanan di mana semua peserta dikehendaki menggunakan tangan kiri untuk membaling bola sepanjang kejohanan ini berlangsung. Yang menariknya, para peserta hanya perlu bayar caj lane sahaja dan tidak dikenakan sebarang yuran penyertaan untuk sertai aktiviti ini.

Hadiah wang tunai berjumlah RM 280 beserta 'goodies' disediakan kepada para pemenang. Seramai 7 pemain tangan kiri (KIDAL ASLI) dan 6 pemain tangan kanan (KIDAL JADIAN) telah menyertai aktiviti yang meriah ini :) 

Goodies untuk para peserta

Para peserta berehat di cafe sementara menantikan kejohanan bermula

PESERTA KIDAL BOWLER SPORTING HABESS!!!

KATIE - BEST KANAN BOWLER (main kiri avg 100, main kanan lagilaa hebat...)


Nish - peserta kidal berusia 12 tahun - BAKAL IKUT JEJAK RAFIQ ISMAIL

SYU - Rekod peribadi terbaik cecah 177 mata


Hadiah untuk SM juga

LIHATLAH MUSCLE KIRI KU!





MYMX - 2nd BEST KIDAL JADIAN

LAH - JUARA TRUE LEFTY

TAHNIAH!!!



Tuesday, November 10, 2015

KEPUTUSAN KEJOHANAN BOLING JEMPUTAN DEEPAVALI BILIS BOWL 2015

Sempena cuti Deepavali...ajak kawan-kawan main di IOI Mall pula...Berikut adalah keputusan penuh Kejohanan Boling Jemputan Deepavali Bilis Bowl yang pertama kali diadakan di #wangsabowl IOI Mall Putrajaya bermula pukul 5.00 petang 10 November 2015.











Juara Kejohanan ini-SY8 menyerahkan hadiah teddy bear pink kepada peserta wanita terbaik - MIS3