Monday, February 29, 2016

SM VS SY8 - 28 Februari 2016

Salah satu game yang SM xakan lupakan...semalam saje2 training dan main bersama SY8 di ASB Gateway Bangi lepas tamat event catur di GMI Bangi.. SY8 ialah juara Bilis Bowl AMATUR Yang Pertama minggu lepas...saingan sengit ..bersama beliau..menang tipis beza 1 point jee...
SY8 vs SM (178-179)..perlukan 1 STRIKE di frame terahkir untuk pintas beliau ..dgn perbezaan 1 point jee hehehe


Saturday, February 27, 2016

Kejohanan Bilis Bowl AMATUR 701 yang pertama - Hebat Meriah!!!

Alhamdulillah.....Sasaran jumlah peserta telah tercapai untuk kejohanan berkonsepkan amatur yang julung kali cuba diperkenalkan kepada komuniti Boling Malaysia ini!!! 51 peserta ambil bahagian kejohanan bilis bowl amatur 701 yang diadakan di Pacific Bowl KL ..kalau dlm masa 3 hari...15 peserta tidak last minit tarik diri kerana pelbagai urusan lain, penyertaan sudah jadi 66 peserta...wow! wow!!..terima kasih atas penyertaan semalam...
Tunggu laporan kepada penaja minggu depan..dan kelulusan dana dari penaja lagi..hopefully amatur ke-2 akan diadakan dalam masa 2 bulan ini...sangat gembira beberapa agensi kerajaan turut terlibat semalam...jumlah komuniti bilis bowl berjaya ditambah dalam 112 komuniti bilis bowl sekarang..masih jauh lagi dgn komuniti cerdik catur yang sekarang cecah 6,450 komuniti cerdik catur..pihak kami sentiasa berusaha menjalankan pelbagai aktiviti sukan untuk komuniti ...terima kasih sekali lagi..sentiasa rujuk maklumat terkini aktiviti bilis bowl di www.bilisbowl.blogspot.my
Tidak lupa juga kepada pihak boling centre pacific bowl iaitu Sam Pacific Bowl kerana membenarkan penggunaan boling centre pacific bowl dan ucapan ribuan terima kasih kepada Angah Jeszrie kerana membantu pihak kami dari A-Z..dalam bahagian teknikal semasa kejohanan ini diadakan..

Sebahagian peserta bergambar kenangan sebelum acara penyampaian hadiah dijalankan.

Keputusan penuh Kejohanan Bilis Bowl AMATUR 701 Yang Pertama


Gambar-gambar menarik semasa Kejohanan Bilis Bowl Amatur 701 yang pertama

Kaunter pendaftaran dibuka bermula pukul 815 malam. 
Peserta yang mendaftar diberikan air tin PERCUMA  
Rakan catur SM yang minat boling juga


Undian lorong sedang dijalankan


Trofi-trofi comel untuk 3 pemenang teratas

 
Statistik pemenang tempat ke-3


Statistik permainan JUARA


Statistik permainan Naib Johan dan Bowler Wanita Terbaik


Pose menarik dari sebahagian peserta yang mengambil bahagian

Keputusan akan diumumkan pada bila-bila masa...


Pemenang Cabutan Bertuah...Tahniah!!!

 

Tahniah !!!