Friday, February 12, 2016

Perubahan Lokasi / Syarat dan peraturan Kejohanan Bilis Bowl Amatur 701 yang pertama

Perhatian!!!
Lokasi kejohanan ini telah diubah kepada Pacific Bowl, KL.
Yuran hanya RM 55 (4games)-dapat 1 tin air 100plus percuma.
Ada hadiah cabutan bertuah juga!!!

SM dapat banyak pertanyaan tentang penentuan pemenang dan cara pembahagian hadiah untuk kejohanan konsep Amatur yang baru diperkenalkan ini.

CONTOH SITUASI :

Bowler A: 122, 133, 144,155
Bowler B: 155, 144, 133, 122
Bowler C: 144, 155, 133, 122

Jumlah mata akhir mereka seri iaitu 554
Berdasarkan syarat kejohanan ini, Bowler A menduduki tempat (ranking) lebih baik kerana mata akhir di permainan akhirnya lebih tinggi daripada bowler B dan C.
Bowler C pula menduduki tempat (ranking) yang lebih baik daripada B.

Maksud NOTA: Setiap pemenang hanya layak menerima satu hadiah sahaja (yang bernilai lebih tinggi)
- Hadiah yang tersenarai akan diberikan kepada pemenang mengikut ranking akhir selepas tamat permainan. Tetapi jika seorang bowler wanita menduduki ranking ke-5, dan beliau adalah wanita pertama dalam senarai teratas, beliau akan di berikan hadiah terbaik wanita (RM 100). Hadiah tempat ke-5 (RM 60) akan diberikan kepada peserta yang berada di ranking berikutnya.

Istimewanya kejohanan ini... TERBUKA UNTUK SEMUA (Pemain Kebangsaan pun boleh sertai...dengan syarat mata akhir tidak melebihi 701 :)... Jaminan hadiah wang tunai untuk 28 peserta -Peluang ANDA juga lebih cerah untuk menang hadiah!!!

Berikut adalah flyer terbaru yang telah diubahsuaikan. Jika anda berminat untuk menyertai kejohanan ini, sila whatsap/SMS SM di 016-3038892.  Selamat memboling...!!!


No comments:

Post a Comment