Wednesday, April 20, 2016

BILIS BOWL TRIPLE 5 pada 14 Mei 2016 (Sabtu)

BOWLING !! BOWLING !! BOWLING !!

Kami memperkenalkan satu lagi konsep terbaru dalam penganjuran Kejohanan Boling Terbuka di Malaysia...BILIS BOWL TRIPLE 5...Event boling terakhir anjuran SYARIKAT BILIS BOWL ENTERPRISE sebelum berehat pada bulan Ramadhan Jun ini..Event boling Bilis Bowl AMATUR 701 Yang Ke-3 akan diadakan selepas hari raya pada bulan Julai atau Ogos 2016.

BILIS BOWL TRIPLE 5 pada 14 Mei 2016 (Sabtu)..di Pacific Bowl, Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh, KL...mula jam 9.30 malam..Maklumat lanjut, sila layari www.bilisbowl.blogspot.my . Anda boleh daftar melalui SM (016-3038892).

Hadiah wang tunai keseluruhan dalam RM1,335++. Yuran hanya RM40 sahaja..Juara akan bawa pulang RM400. Ada hadiah TOP 3 untuk wanita juga selain hadiah utama TOP 15.. ada 5 hadiah khas juga untuk yang skor tepat.

Syarat kejohanan BILIS BOWL TRIPLE 5 yang pertama ini : 
Terbuka kepada semua...Peserta bermain sebanyak 3 games..Format: Individu 10 pin.. Semua 'SCRATCH' ....

Peserta yang cecah 555 keatas akan terbatal penyertaannya (DISQUALIFIED) dan tidak layak untuk mendapat hadiah utama..tapi ada juga hadiah yang telah diasingkan untuk peserta yang DISQUALIFIED iaitu sebanyak RM100. Sekiranya ada lebih dari seorang disqualified, hadiah RM100 akan dibahagi sama rata.

Sekiranya jumlah mata akhir seri, maka kedudukan (ranking) ditentukan berdasarkan jumlah jatuhan pin terakhir permainan terakhir. Jika masih seri, jumlah jatuhan pin permainan kedua terakhir diambil kira dan seterusnya. 
Hadiah wang tunai HANYA akan dibahagi sama rata jika semua mata dalam kesemua 3 permainan adalah sama. 

Sila hadir awal bermula jam 8.00 malam untuk pendaftaran rasmi. Permainan akan dimulakan TEPAT pada pukul 930 malam. TERHAD kepada 60 peserta sahaja.


No comments:

Post a Comment