Thursday, December 7, 2017

BILIS BOWL NOVIS 500 yang ke-2 (16 Disember 2017)

BILIS BOWL NOVIS 500 datang lagi....!!! Acara ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat. Amat sesuai untuk anda yang mempunyai average sekitar 160-170. Untuk rakan-rakan bowler, jika anda TIDAK diberi peluang bermain atau masih BELUM berpeluang untuk menang sebarang hadiah utama di dalam pertandingan boling, mungkin inilah masanya..!!😉 
Acara ini juga sesuai untuk anda yang baru berjinak-jinak dalam sukan boling.
Untuk melancarkan urusan tempahan lane, sila daftar nama anda dengan cara WhatsApp SM di 014-2312370 (KLIK SINI)
 

Jumlah hadiah bernilai RM 1600!!!
20 peserta hadiah utama!
6 hadiah skor tepat!
Air kotak untuk peserta yang dapat 3 strike berturut2 (selagi stok masih ada)!

UNIK!!!
Jika di akhir 3 permainan, jumlah mata melebihi 500, penyertaan peserta tersebut akan terbatal (disqualified) dan beliau tidak layak untuk memenangi hadiah utama. Walaubagaimanapun, sejumlah RM 120 disediakan untuk peserta2 yang 'disqualified' ini (bahagi sama rata).

Jika mata akhir adalah sama, mata permainan terakhir akan diambil kira sebagai pemutus seri.
 

No comments:

Post a Comment