Monday, January 11, 2016

1 STRIKE RM1 (II)

Kejohanan santai 1 STRIKE RM 1 kembali lagi..!! Kali ini acara diadakan pada hari Ahad di sebelah malam memandangkan lane telah penuh ditempah pada waktu siang Ahad.
Hadiah sebanyak RM 300 telah diperuntukkan untuk acara ini. Tiada yuran dikenakan untuk menyertai acara santai ini tetapi peserta dikehendaki membayar caj lane sahaja. Acara terhad kepada 20 peserta bermain sebanyak 3 games sahaja. 

Para peserta STRIKE RM 1 bergambar sebelum memulakan acara


Setiap strike...dia dapat RM1 ...!!!



SKY menerima hadiah


SEMUA PESERTA TERIMA HADIAH ...TAHNIAH!!!

Sunday, January 10, 2016

H2H : SM VS KATIE

Buat pertama kalinya, seorang bowler wanita telah menyahut cabaran H2H bermain boling dengan SM pada Ahad 10 Januari 2016. 

Walaupun pertandingan yang dijadualkan sepatutnya bermula pukul 1030pagi terpaksa ditunda kerana semua lane di wangsa bowl telah penuh waktu itu tetapi Katie tetap tabah untuk meneruskan H2H dengan SM dan ambil keputusan untuk mula pukul 2pm.




Keputusan : Seri 2.5-2.5

SM menyerahkan hadiah saguhati kepada Katie walaupun kedudukan seri 

Saturday, January 9, 2016

H2H : SM VS LLL

9 Januari 2016 - SM tengah bosan ..tak tahu nak buat apa...jadi SM tawarkan sesiapa yang nak main boling H2H dengan SM. LLL telah menyahut cabaran SM maka bermulalah H2H SM vs LLL pukul 6petang 9 Januari 2016 di Wangsa Bowl.




Walaupun kalah di dua game yang pertama, SM tetap bertahan dan berjaya memenangi game yg ke 3 & ke-4


SM menyerahkan hadiah yang dimenangi kepada LLL

Friday, January 8, 2016

SM VS PMI REMATCH

  


Air 100 Plus disediakan kepada penonton yang mendaftar 

Kalau bulan Oktober lalu SM telah 'dibuli kaw kaw' 0-4 oleh PMI,..kali ini SM berjaya membuat kejutan dengan memenangi 2 daripada 5 permainan dengan beliau pada 7 Januari 2016 bermula pukul 9 malam..

SM berjaya menang game pertama dan game ke-5 dengan purata markah 172

Saturday, December 5, 2015

Keputusan 1st Bilis Bowl Open Bowling Tournament 2015

Kejohanan Boling Terbuka Bilis Bowl yang pertama kali dianjurkan ini telah mendapat sambutan yang memuaskan di mana seramai 44 peserta telah mengambil bahagian.
Hadiah wang tunai berjumlah RM 1400 dan pelbagai hadiah sampingan berupa barangan cenderahati (goodies) ditawarkan.
Terima kasih dan tahniah kepada semua peserta yang menjayakan acara ini!
Berikut adalah keputusannya.



Monday, November 23, 2015

Saturday, November 21, 2015

2 in 1 (MQ + H2H)

20 November 2015 : SM telah menyahut cabaran SY8 untuk bermain Master Qualifying (MQ) sambil H2H...

SM menang 3-1
Dengan jumlah jatuhan pin 880, SM berjaya berada di rank no 7 setakat ini